Blog

SALAM

19/02/2011 19:15

Dimana ada jalan... Disitu ada highway

Sesungguhnya kemahuan itu adalah datangnya dari kehendak yang pelbagai. Gerak hati, idea, hasrat ingin berubah, desakan persekitaran dan pelbagai samaada untuk memenuhi kehendak sendiri, keluarga, orang lain dan sebagainya. Satu tindakan atau satu langkah pertama haruslah dimulakan, digerakkan, diusahakan supaya tindakan atau langkah seterusnya akan menyusuri.

Insyaallah, Sesuatu niat yang baik itu akan membuahkan hasil yang berguna. Umpama sebiji benih yang baik, jika tercampak di tengah lautan sekalipon,ia akan menjadi sebuah pulau. Berguna pada sesiapa yang memerlukan. Perbuatan baik semestinya balas yang baik, mungkin kalau tidak hari ini pon esok mesti ia akan datang.

Harapan dan semangat pastinya akan datang dan pergi, apalagi kalau ianya penuh liku dan berduri, apalagi kalau ianya penuh cabaran dan ujian, apalagi kalau ianya penuh kutukan dan kejian, apalagi apalagi apalagi dan seterusnya apalagi yang menjadi faktor ketidaksampaian impian tersebut. Tetapi kejayaan tidak datang dengan mudah, mungkin ada, mungkin tidak. Hanya orang yang dipenjara akan merasa nikmatnya sebuah kebebasan. Harga kejayaan yang penuh liku pasti berbeza.

Ujian dan dugaan semestinya menjadi halangan yang besar untuk kejayaan. Ia tidak dapat dipisahkan, cuma kepaercayaan pada diri dan semangat yang cekal serta berterusan diperlukan untuk mengobat kesakitan dan kepedihan dalam mengharungi rintangan dan halangan di hadapan. mungkin kejayaan dan kemenangan itu berada selangkah lagi.

Siapa tahu. Pengalaman dan cereka pasti berbeza. Cerita dan rasa pastinya berbeza. Kenikmatan dan kesakitan haya milik empunya badan. Itulah onak dan duri untuk kejayaan. Tiada jalan pintas untuknya.

 

 

  

First blog

19/02/2011 09:30

Our new blog has been launched today. Stay focused on it and we will try to keep you informed. You can read new posts on this blog via the RSS feed.